Sokongan
Laman Utama Sokongan
Pengaktifan Produk
Gambaran Keseluruhan
Pengaktifan Radmin 3
Soalan Lazim Pengaktifan
Dasar Naik Taraf

Soalan Lazim Pengaktifan Produk Famatech

 

Soalan:

 

Q:

Mengapa pengaktifan perlu?

 

A:

Radmin Server 3.x dilesenkan untuk digunakan pada bilangan komputer yang tertentu sahaja. Teknologi pengaktifan produk mengawal bilangan pemasangan. Ia bekerja dengan mengesahkan bahawa sesuatu kunci lesen itu tidak digunakan pada bilangan komputer yang melebihi bilangan yang ditetapkan oleh lesen produk tersebut.

Q:

Bagaimana pengaktifan produk bekerja?

 

A:

Selepas membeli lesen anda akan mendapat kunci lesen anda. Anda perlu memasukkannya semasa menjalani proses pengaktifan. Program ini menjana kunci pengenalpastian perkakasan yang dihantar kepada pelayan pengaktifan. Tiada data pengenalpasti pengenalan diri akan turut dihantar atau diperlukan. Perubahan kecil kepada tatarajah sistem anda tidak akan memerlukan pengaktifan semula. Sekiranya anda membaik pulih komputer anda dengan menggantikan sejumlah besar komponen perkakasan, sistem pengaktifan lesen mungkin akan mengesan komputer anda sebagai komputer lain, dan jika itu berlaku anda mungkin perlu mengatifkan semula Radmin Server 3.x.

Q:

Produk Famatech mana yang memerlukan pengaktifan?

 

A:

Modul pelayan Radmin Server 3 memerlukan pengaktifan. Modul Radmin Server 3.x tidak akan berfungsi selepas tamatnya tempoh percubaan 30 hari tanpa pengaktifan.

Q:

Bagaimana mengaktifkan Radmin Server 3?

 

A:

Anda memerlukan sambungan Internet untuk mengaktifkan produk ini. Ikuti arahan langkah demi langkah pada halaman Pengaktifan Radmin 3. Kunci lesen untuk Kawalan Jauh Radmin 3 sah bagi sebarang versi 3.x perisian Radmin.

Q:

Bagaimana jika saya mendapat komputer baru dan mahu memasang Radmin Server 3.x padanya?

 

A:

Jika anda memasang semula Windows, mengganti HDD anda, atau buat sedikit perubahan perkakasan lain kepada komputer anda, anda boleh mengaktifkan perisian anda hanya dengan memasukkan semula Kunci Lesen sedia ada anda. Jika anda mengganti papan induk atau keseluruhan komputer anda, anda perlu menghubungi kami menggunakan Borang Maklum Balas, jadi kami boleh memperbaharui Kunci Lesen anda untuk bilangan pengaktifan yang anda perlukan. Sila, gunakan Bahasa Inggeris apabila menghubungi Pasukan Famatech.

Q:

Bolehkah saya memasukkan lebih daripada satu kunci lesen?

 

A:

Ya, anda boleh memasukkan beberapa kunci lesen, asingkan dengan tanda ";" tanpa ruang. Pelayan pengaktifan akan memeriksa kesemuanya. Jika Radmin Server telah diaktifkan sebelumnya pada komputer ini menggunakan salah satu daripada kunci ini, ia akan diaktifkan semula. Jika ia adalah pemasangan Radmin Server yang baru, pelayan pengaktifan akan memilih kunci lesen dengan pengaktifan yang belum digunakan.
Famatech Corporation Copyright © 1999-2012 Famatech. Hak cipta terpelihara.