Penyelesaian
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian
Rumah dan Pejabat di Rumah
Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Perusahaan Perniagaan
Penyedia Kaunter Bantuan
Kegunaan Pendidikan
Telekomuter
Pengoptimuman Proses Perniagaan

Telekomuter

 
Telekomuter

Telekomuter (atau telekerja) merupakan bentuk pekerjaan yang popular di mana pekerja luar pejabat mendapat manfaat dengan mempunyai lebih masa bersama keluarga dan/ atau lebih kebebasan, dan di mana majikan mendapat manfaat melalui kos pengendalian yang lebih rendah dan lebih kefleksibelan. Dengan peningkatan ketersediaan capaian Internet jalur lebar dan teknologi capaian jauh baru, pekerja telekomuter atau mereka yang bekerja di rumah boleh bekerja dari rumah sebaik (dan selalu juga lebih cekap) mereka yang bekerja di pejabat. Telekomuter boleh jadi pilihan yang berdaya maju untuk diri anda mahu pun kakitangan anda.

Perisian Radmin adalah penyelesaiannya

Radmin boleh digunakan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja telekomuter yang bekerja menggunakan PC rumah mereka di mana sahaja mereka tinggal. PC rumah mereka boleh mempunyai keupayaan perkakasan yang kecil walau pun jika mereka berurusan dengan program dan tugas yang sukar kerana semua perisian dan data disimpan di komputer pejabat yang berkuasa lebih tinggi. Radmin merupakan perisian kawalan jauh selamat yang ideal untuk mengadakan telekomuter di syarikat anda.

Dengan Radmin pekerja telekomuter anda boleh:

  • Bekerja dengan komputer pejabat dari jauh dari mana sahaja tanpa lengah dan dalam masa nyata.
  • Berkomunikasi dengan kakitangan lain menggunakan perbualan teks dan suara selamat yang terbina dalam.
  • Berkongsi fail dan mendapatkan kemas kini dokumen yang terkini dengan selamat.
  • Mengadakan persidangan dan webinar dalam talian.

Siapa menggunakan Radmin?

  • Para profesional yang memerlukan sambungan selamat dan berkelajuan tinggi. Tiada kelengahan!

  • Radmin merupakan sistem kawalan jauh yang paling laju yang boleh didapati di pasaran tanpa mengira harga. Algoritma unik atau teknologi Radmin membolehkan anda bekerja dengan selesa walau pun dengan lebar jalur yang sangat sempit.

  • Orang akaun yang perlu menurunkan kos pengendalian.

  • Tidak perlu menyewa pejabat yang besar untuk pekerja. Tiada perabot, tiada monitor, tiada papan kekunci, tiada tetikus hanya sebuah bilik untuk komputer pekerja tekekomuter dan sambungan Internet. Harga mampu milik Radmin meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Radmin telah direka untuk mengandungi hanya kefungsian penting misi sebenar itulah sebabnya mengapa kami mampu membantu pelanggan kami berjimat. Produk Radmin mempunyai lesen seumur hidup sahaja tidak seperti kebanyakan produk lain yang dilesenkan mengikut had masa pelanggan memperoleh Radmin buat selama-lamanya. Selain itu, hanya Radmin Server yang dilesenkan. Radmin Viewer adalah percuma, jadi pekerja telekomuter hanya perlu memasang Radmin Viewer dan mencapai PC pejabat mereka dari jauh.

  • Pakar keselamatan yang memerlukan keselamatan yang teguh!

  • Jelas bahawa apabila menjalankan tugas seperti mencapai PC jauh, keselamatan adalah amat penting sekali. Produk Radmin menggunakan kaedah keselamatan yang paling ketat yang ada di pasaran. Enkripsi kukuh saiz kekunci sehingga 2048 bit, NTLMv2 dan penapisan IP menjamin tindakan anda tidak kira apa jua sambungan yang anda gunakan. Semua data yang dihantar, termasuk imej skrin, pergerakan tetikus, ketukan kekunci dan strim audio, dienkripsi dan tidak boleh dipintas. Radmin adalah perisian kawalan jauh yang benar-benar selamat untuk telekomuter. Lebih banyak mengenai keselamatan

  • Kakitangan yang memerlukan penyelesaian yang mudah digunakan.

  • Radmin sangat mesra pengguna. Ia tidak mempunyai ciri nilai tambahan tidak berguna yang menyukarkan pengguna untuk menggunakannya, rumit dipelajari, atau yang memperlahankan prestasinya. Kebanyakan pengguna kami bersetuju bahawa kelebihan utama Radmin adalah kerana ia mudah digunakan.

  • Pakar IT yang bertegas mahukan keperluan sistem yang rendah.

  • Radmin tidak mempunyai keperluan perkakasan khusus. Jika komputer anda menjalankan Windows, Radmin tentu boleh berjalan pada komputer anda - ia semudah itu.

Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.