Penyelesaian
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian
Rumah dan Pejabat di Rumah
Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Perusahaan Perniagaan
Penyedia Kaunter Bantuan
Kegunaan Pendidikan
Telekomuter
Pengoptimuman Proses Perniagaan

Penyelesaian untuk Pengguna di Rumah

 
Penyelesaian untuk Pengguna di Rumah

Dengan perisian Radmin anda boleh menggunakan komputer jauh dari mana sahaja yang mempunyai sambungan Internet. Radmin memberikan capaian yang menyenangkan kepada komputer rumah atau pejabat dari mana-mana bandar, mana-mana benua, pada bila-bila masa 24/7.


Capai PC anda dari jauh dari mana sahaja:

  • Capai PC rumah anda dari jauh, dari pejabat, bilik hotel atau komputer riba.
  • Capai PC pejabat anda dari jauh, dari rumah, bilik hotel atau semasa bekerja di luar.
  • Tadbir rangkaian rumah anda dari jauh dan uruskan pusat media atau rumah pintar anda.
  • Bantu kawan dan saudara anda menyelenggara dan mengemas kini komputer mereka dari jauh.


Dengan Radmin anda boleh:

  • Mencapai PC Rumah Anda Dari Jauh

    Apabila anda tidak di rumah dan memerlukan maklumat dari komputer rumah anda, hanya guna komputer riba atau mana-mana komputer lain untuk mencapai PC rumah anda dengan perisian Radmin. Tiada bezanya jika anda duduk di kerusi sebelah atau anda berada 30, 000 kaki jauhnya di benua lain. Anda akan melihat skrin komputer rumah anda seolah-olah ia betul-betul berada di depan anda. Ini merupakan penyelesaian yang selamat, jika anda menyimpan semua data penting hanya di komputer rumah anda. Malah anda boleh memantau aktiviti anak-anak anda semasa anda tiada di rumah.


  • Capai PC Pejabat Anda Dari Jauh

    Jika anda mahu atau perlu membuat kerja selepas waktu pejabat atau anda perlu berada di rumah atas sebab-sebab tertentu, anda masih boleh mencapai PC pejabat anda dengan Radmin dari mana sahaja pada bila-bila masa dan bekerja menggunakannya seolah-olah anda menggunakan papan kekunci, tetikus dan skrin komputer itu sendiri. Anda juga boleh mencapai komputer pejabat anda semasa anda bekerja di luar (dari hotel, kereta api atau kapal terbang). Lihat penyelesaian untuk Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana.


  • Urus rangkaian rumah anda

    Jika anda mempunyai rangkaian rumah dengan beberapa buah komputer atau pusat media berasaskan komputer, Radmin merupakan penyelesaian yang sesuai untuk menguruskan semua itu dari jauh. Gunakan Radmin juga untuk menguruskan rumah pintar anda dari jauh semasa anda tiada di rumah. Jika anda mahu memantau aktiviti rumah anda tetapi tidak mahu membeli kelengkapan pengawasan video yang mahal, gunakan Radmin! Hanya sambungkan kepada PC rumah anda, jalankan perisian kamera dan tonton.


  • Kaunter Bantuan untuk Saudara dan Rakan Anda

    Adakah anda pakar komputer bagi rakan-rakan dan saudara-mara anda? Gunakan Radmin untuk menyelenggara, menyelesaikan masalah, mengemas kini dan membaiki komputer mereka dari jauh, dengan mudah. Cara ini jauh lebih berkesan daripada cuba menerangkan apa yang perlu mereka lakukan melalui telefon. Dengan Radmin anda juga boleh mencuba permainan baru di PC rakan anda tidak kira sama ada dia tinggal di sebelah rumah atau di bandar lain.


Bagaimana ia berfungsi

Untuk mula bekerja menggunakan PC jauh, anda hanya perlu memasang Radmin Server pada komputer jauh itu (Sebagai contoh PC rumah atau pejabat anda) dan pasang Radmin Viewer pada komputer tempatan yang akan anda gunakan untuk mencapai komputer jauh. Kedua-dua komputer perlu bersambung kepada Internet atau LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sama. Lebih lanjut...
Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.