Penyelesaian
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian
Rumah dan Pejabat di Rumah
Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Perusahaan Perniagaan
Penyedia Kaunter Bantuan
Kegunaan Pendidikan
Telekomuter
Pengoptimuman Proses Perniagaan

Penyelesaian untuk Penyedia Kaunter Bantuan

 
Penyelesaian untuk Penyedia Kaunter Bantuan

Syarikat-syarikat menjangka jabatan ITnya untuk meningkatkan tahap perkhidmatan tetapi dalam masa yang sama mengurangkan kos pengendalian. Pakar IT yang berjaya dalam kekangan ini biasanya sangat dihormati. Faktor sepunya yang dimilik oleh pakar-pakar ini adalah kesanggupan untuk mencuba teknologi yang lebih baru. Salah satunya ialah perisian pentadbir jauh Radmin untuk penyedia kaunter bantuan daripada Famatech.

Dengan perisian Radmin, juruteknik kaunter bantuan anda boleh mengawal sebarang PC desktop di mana sahaja dari jauh menggunakan LAN, WAN atau melalui Internet. Pengguna akhir di komputer jauh boleh bercakap dengan juruteknik dan mengikuti pergerakan tetikusnya. Radmin membuatkan tindakan kaunter bantuan anda lebih berkesan dan mengurangkan trafik ulang.

Perisian kaunter bantuan Radmin menyumbang kepada pengukuhan asas syarikat anda. Pelesenan unik kami meliputi berbilang komputer pada harga yang minimum.

Perisian kaunter bantuan Radmin membolehkan anda untuk:

  • Meningkatkan produktiviti pengguna akhir syarikat anda dengan memastikan PC dan pelayan rangkaian anda berjalan pada setiap masa.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter bantuan dengan mengurangkan masa gerak balas.
  • Memaksimumkan produktiviti pengguna akhir dan meminimumkan masa rosak dengan penyelesaian masalah yang pantas.
  • Memantau penggunaan komputer kakitangan untuk menghalang aktiviti yang tidak dibenarkan.
  • Membuatkan PC anda boleh dicapai segera dari mana jua di dunia ini.
  • Meningkatkan prestasi, mengurangkan masa gerak balas dan menghapuskan perbelanjaan perjalanaan bagi juruteknik Kaunter Bantuan anda.

Pakar IT mengutamakan Radmin

Radmin sudah mencipta nama dalam Dunia IT sebagai alat yang berkesan untuk pentadbiran jauh. Pakar IT yang menggunakan produk ini mempercayai jenama ini kerana mereka tahu inti patinya: prestasi tiada tandingan, kefungsian kritis misi, enkripsi kukuh dan nilai terhebat untuk wang anda. Saksikan sendiri, muat turun percubaan 30 hari percuma.

5 sebab mengapa pakar IT memilih perisian kaunter bantuan Radmin:

  • 1. Keselamatan

    Jelas bahawa dalam tugas seperti mencapai PC syarikat dari jauh, keselamatan adalah amat penting sekali bagi pakar kaunter bantuan. Perisian kawalan jauh Radmin menggunakan kaedah keselamatan yang paling ketat yang ada di pasaran. Semua data yang dihantar imej skrin, pergerakan tetikus, isyarat kekunci dan strim audio - dienkripsi dan tidak boleh dipintas. Baca lebih lanjut

  • 2. Harga Mampu Milik

    Harga mampu milik perisian Radmin meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Alat ini telah direka untuk mengandungi hanya kefungsian penting misi sebenar itulah sebabnya mengapa kami mampu membantu pelanggan kami berjimat. Famatech menawarkan harga dan dasar pelesenan yang berpatutan kepada penyedia Kaunter Bantuan.

  • 3. Sambungan Berkelajuan Tinggi

    Radmin merupakan perisian kawalan jauh yang paling laju yang boleh didapati di pasaran hari ini. Algoritma unik membolehkan anda bekerja dengan selesa walau pun dengan lebar jalur yang tidak seberapa.

  • 4. Kebolehpercayaan

    Radmin tidak akan mengalami nahas dan tidak akan juga menyebabkan "skrin biru kematian".

  • 5. Keperluan Sistem yang Rendah & Pemasangaturan Mudah

    Perisian kaunter bantuan Radmin tidak mempunyai keperluan perkakasan khusus. Jika komputer anda menjalankan Windows, Radmin tentu boleh berjalan pada komputer anda - semudah itu.

Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.