Penyelesaian
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian
Rumah dan Pejabat di Rumah
Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Perusahaan Perniagaan
Penyedia Kaunter Bantuan
Kegunaan Pendidikan
Telekomuter
Pengoptimuman Proses Perniagaan

Penyelesaian untuk Institusi Pendidikan

 
Penyelesaian untuk Institusi Pendidikan

Teknologi IT moden mengubah hidup kita dengan begitu pantas. Bilik-bilik darjah kini dilengkapi dengan komputer berangkaian menggunakan perisian pendidikan maju. Guru boleh berada di mana sahaja di dunia ini dan masih boleh berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka, manakala pelajar pula boleh menghadiri kelas tanpa perlu keluar dari rumah. Kesemua kesenangan ini dapat kita rasai dengan bantuan perisian kawalan jauh moden daripada Famatech.



Dengan perisian Radmin anda boleh:

  • Menunjukkan sebarang skrin dalam masa nyata kepada semua pelajar dari mana sahaja di dunia yang mempunyai sambungan Internet.
  • Memantau dan membantu pelajar terus dari PC anda tanpa perlu meminta pelajar itu meninggalkan komputer mereka.
  • Mengekalkan kawalan yang lebih baik terhadap setiap pelajar.
  • Memberikan pengalaman amali kepada pelajar anda.
  • Mengadakan persidangan, syarahan, perbincangan suara - dengan pelbagai pilihan.
  • Mengelakkan pelaburan yang mahal untuk membeli perkakasan tambahan yang diperlukan oleh alat pentadbiran jauh yang lain.

Bagaimana ia berfungsi

Semasa pengajar bersambung kepada dan bekerja menggunakan komputer jauh, pergerakan tetikusnya boleh dilihat dan diikuti oleh pengguna PC jauh itu. Pelajari bagaimana menggunakan Radmin dalam masa beberapa minit sahaja, kerana ia amat mesra pengguna.


Mengapa guru memilih perisian pendidikan Radmin?

  • Perisian Radmin digunakan oleh pengajar untuk bekerja dengan seorang pelajar atau keseluruhan kelas, jadi setiap pelajar diberikan peluang yang sama untuk mendapat pengalaman amali.
  • Program Radmin amat mesra pengguna, tidak memerlukan latihan khas dan ia membuka banyak kemungkinan baru yang mengujakan bagi pengajaran berasaskan komputer.
  • Perisian pendidikan Radmin amat mambantu semasa menunjukkan contoh atau menunjuk cara bagaimana sesuatu itu dilakukan.
  • Tiada masalah untuk mendengar apa yang dikatakan guru kerana semua pelajar berada di lokasi jauh.
  • Famatech menawarkan potongan harga sebanyak 33% kepada sekolah, universiti, hospital, badan amal dan organisasi ekologi.

Klien akademik kami termasuk University of Calgary, University of Illinois, Purdue University Calumet, Clark County School District, Silver State Schools Credit Union dan banyak lagi institusi pendidikan yang terhormat.


Penyelesaian untuk pendidikan korporat

Radmin juga merupakan alat yang hebat untuk pendidikan dan seminar korporat. Anda boleh mengemas kini bahan latihan sedia ada anda juga menjemput setiap orang di organisasi anda untuk mengambil bahagian dalam kelas-kelas secara langsung yang dipimpin oleh pengajar, tanpa sesiapa pun perlu meninggalkan meja mereka. Para pelajar yang menggunakan perisian Radmin boleh berinteraksi dengan pengajar dan rakan sesama pelajar mereka, bertanyakan soalan, mengambil peperiksaan dan berlatih menggunakan kemahiran baru secara dalam talian dari mana sahaja mereka tinggal atau bekerja.

Dengan panduan langkah demi langkah, pengguna baru pun boleh segera mempraktikkan apa yang mereka pelajari dalam melakukan tugas-tugas mereka.

Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.