Penyelesaian
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian
Rumah dan Pejabat di Rumah
Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Perusahaan Perniagaan
Penyedia Kaunter Bantuan
Kegunaan Pendidikan
Telekomuter
Pengoptimuman Proses Perniagaan

Penyelesaian untuk Perusahaan Perniagaan

 
Penyelesaian untuk Perusahaan Perniagaan

Kebanyakan syarikat yang mempunyai banyak cawangan perlu mempunyai pentadbir rangkaian di setiap lokasi. Pentadbir ini bertanggungjawab menjaga operasi rangkaian dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala yang berlaku pada pelayan dan komputer mereka. Mereka memerlukan capaian 24/7 kepada cawangan dan ibu pejabat mereka juga kepada pentadbir lain.

Namun, dapat menjalankan sepenuhnya tugas mereka dari jauh menghapuskan perbelanjaan perjalanan dan ini menjimatkan penggunaan sumber tenaga pekerja dan kewangan. Lagi pula, keupayaan mengawal PC dan pelayan dari jauh menjimatkan masa, wang dan boleh menyumbang kepada kejayaan dan kepimpinan syarikat.


Bagaimana Perisian Kawalan Jauh Radmin boleh menyumbang kepada kejayaan syarikat anda:

  • Pakar IT boleh mengawal sebarang PC desktop di mana jua pada LAN, WAN atau Internet pada bila-bila masa 24/7. Ia menjimatkan masa dan menghapuskan perbelanjaan perjalanan.
  • Juruteknik boleh mencapai komputer pengguna dari jauh dan menyelesaikan masalah seolah-olah dia berada betul-betul di depan PC jauh itu. Ini sangat penting untuk perusahaan di mana semua kakitangannya sentiasa berinteraksi dan setiap kelewatan ada akibatnya.
  • Radmin membuatkan kaunter bantuan bergerak balas dengan lebih berkesan dan mengurangkan trafik ulang.

Radmin mempunyai reputasi yang unggul dalam pentadbiran sistem jauh selama beberapa tahun kini dan pakar IT tahu tentang prestasinya yang tiada tandingan, kefungsian kritis misi, enkripsi kukuh bagi semua data yang dihantar dan kebolehgunaannya yang ringkas. Lihatlah sendiri, muat turun percubaan 30 hari percuma.


5 sebab mengapa pakar IT memilih Radmin:

1. Keselamatan

Jelas bahawa dengan tugas seperti mencapai PC syarikat dari jauh, keselamatan adalah amat penting sekali. Perisian kawalan jauh Radmin menggunakan kaedah keselamatan yang paling ketat yang ada di pasaran. Semua data yang dihantar imej skrin, pergerakan tetikus, ketukan kekunci dan strim audio dienkripsi dan tidak boleh dipintas. Baca lebih lanjut

2. harga Mampu Milik

Harga mampu milik Radmin meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Alat ini telah direka untuk mengandungi hanya kefungsian penting misi sebenar itulah sebabnya mengapa kami mampu membantu pelanggan kami berjimat. Famatech menawarkan dasar pelesenan yang sangat fleksibel untuk perusahaan dan merupakan penyelesaian pentadbiran sistem jauh yang terbaik untuk syarikat yang memerlukan minimum 200 lesen.

3. Sambungan Berkelajuan Tinggi

Radmin merupakan sistem kawalan jauh yang paling laju yang boleh didapati di pasaran hari ini. Algoritma unik membolehkan anda bekerja dengan selesa walau pun dengan lebar jalur yang tidak seberapa.

4. Kebolehpercayaan

Radmin tidak akan mengalami nahas dan tidak akan menyebabkan "skrin biru kematian".

5. Keperluan Sistem yang Rendah & Pemasangaturan Mudah

Radmin tidak mempunyai keperluan perkakasan khusus. Jika komputer anda menjalankan Windows, Radmin tentu boleh berjalan pada komputer anda semudah itu. Radmin Server boleh ditatarajah, diguna pakai dan diaktifkan dari jauh pada sebarang bilangan komputer melalui Pakej Pasang Atur Radmin. Baca lebih lanjut

Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.