Penyelesaian
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian
Rumah dan Pejabat di Rumah
Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Perusahaan Perniagaan
Penyedia Kaunter Bantuan
Kegunaan Pendidikan
Telekomuter
Pengoptimuman Proses Perniagaan

Optimumkan proses perniagaan dan kurangkan perbelanjaan dengan Radmin

 

Pengoptimuman proses perniagaan menggunakan Radmin

Semasa krisis global ini banyak syarikat mempertaruhkan kedudukan yang diperoleh dengan susah payah dengan tidak menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah pantas. Pengoptimuman proses perniagaan merupakan salah satu daripada kaedah yang paling berkesan untuk mengekalkan kedudukan syarikat dan membangunkan aktiviti untuk menyaingi pesaing.

Objektif setiap pengoptimuman proses perniagaan adalah untuk menjimatkan masa, wang dan sumber manusia. Bergantung pada saiz perniagaan, ini boleh dicapai melalui pengautomatikan proses perniagaan, keseluruhan atau separa.

Pengautomatikan penuh bukan selalunya penyelesaian yang terbaik kerana ia membabitkan setiap jabatan dan menggunakan sejumlah wang yang agak banyak. Pengautomatikan separa, sebaliknya, boleh mengurangkan perbelanjaan syarikat sambil meningkatkan kecekapan pengeluarannya.

Radmin merupakan alat yang cemerlang untuk meningkatkan kecekapan jabatan IT dan pengeluaran syarikat dengan perbelanjaan minimum.


Bagaimana anda boleh mengoptimumkan proses perniagaan dan mengurangkan perbelanjaan dengan Radmin

1. Jalankan pentadbiran sistem dari jauh.

  • Radmin membolehkan pentadbir sistem menjimatkan masa berjalan ke pejabat dan membolehkan kakitangan menjimatkan masa menunggu pentadbir sistem;
  • Seorang pentadbir sistem boleh mengendalikan beratus-ratus PC di pejabat yang terpisah jauh malah boleh melakukan persediaan pelayan dari jauh.

2. Bekerja dari jauh

  • Kakitangan boleh bekerja dengan komputer pejabat mereka dari jauh, dari rumah atau dari bilik hotel semasa bekerja di luar dan data korporat yang penting kekal selamat;
  • Pekerja telekomuter boleh bekerja dari jauh, dari mana sahaja dan apa yang anda perlukan hanyalah satu persepuluh meter persegi untuk pelayan, kerana pekerja telekomuter tidak memerlukan monitor, tetikus atau papan kekunci di bangunan syarikat anda.

3. Sediakan kaunter bantuan untuk kakitangan dan klien

  • Pakar IT tidak perlu melawat klien mereka untuk menyelesaikan masalah teknikal klien mereka dan ini menjimatkan masa dan perbelanjaan perjalanan.

4. Anjurkan pembentangan dalam talian dan ajar kakitangan dari jauh

  • Pembentangan dalam talian mengenai produk dan perkhidmatan menjimatkan masa dan perbelanjaan perjalanan;
  • Anda boleh melatih kakitangan anda dari jauh tanpa perlu menyuruh mereka meninggalkan pejabat mereka;
  • Seting lebar jalur Radmin boleh ditatarajah dan boleh boleh ditatarajah untuk menjimatkan trafik.

5. Pantau aktiviti kakitangan dari jauh


Bagaimana untuk meningkatkan kecekapan jabatan IT dengan Radmin

Kakitangan IT menjalankan pelbagai tugas seperti: pentadbiran sistem, kaunter bantuan untuk kakitangan, pembelian peralatan komputer, sokongan sistem maklumat korporat, dll. Oleh itu belanjawan IT termasuk perbelanjaan untuk perkakasan, perisian, penggunaan Internet, gaji, perabot pejabat, bahan pejabat dan penggunaan ruang.

Keuntungan jabatan IT bergantung pada kecekapannya. Penggunaan Radmin mengurangkan perbelanjaan dengan segera dan meningkatkan kecekapan IT.

Mengapa Radmin lebih baik daripada mana-mana perisian capaian jauh lain

Sebelum memperkenalkan sebarang penyelesaian IT korporat, pakar menjalankan ujian terperinci. Radmin telah muktamad terbukti bahawa ia mengatasi semua produk saingannya melalui:

  • Sambungan berkelajuan tinggi. Radmin merupakan sistem kawalan jauh yang paling laju yang boleh didapati di pasaran hari ini.
  • Keselamatan. Tidak pernah ada kejadian digodam selama 10 tahun penggunaannya.
  • Kebolehpercayaan. Radmin tidak akan mengalami nahas dan tidak akan menyebabkan "skrin biru kematian".

Itulah sebabnya mengapa Radmin merupakan produk capaian jauh yang paling popular. Tiada perisian jauh lain berbanding Radmin dalam keperluan perniagaan yang paling penting: kelajuan, keselamatan dan kebolehpercayaan.

Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.