Keselamatan sangat penting bagi mana-mana perisian capaian jauh. Kami, di Famatech, berdedikasi untuk memberikan tahap keselamatan yang setinggi mungkin kepada anda. Jurutera kriptografi kami sangat berbangga kerana dapat menggunakan teknologi semaksimumnya dan menjadikan Radmin perisian capaian jauh yang paling selamat di pasaran.
Radmin server mempunyai dua subsistem keselamatan. Jadi, anda boleh mengesetkan Radmin sama ada untuk menggunakan Keselamatan Windows yang terbenam di dalamnya atau Keselamatan Radmin. Radmin menyokong keselamatan tahap pengguna Windows 7/Vista/XP/2003/2000 (32-bit dan 64-bit) dengan sokongan Kerberos dan NTLMv2, jadi anda boleh mengehadkan capaian jauh kepada pengguna atau kumpulan pengguna tertentu termasuk pengguna dari komputer tempatan, domain utama, domain yang dipercayai atau Direktori Aktif. Antara muka seting keselamatan diseragamkan dengan standard Windows.
Apabila menggunakan keselamatan Radmin anda boleh menetapkan kebenaran yang berlainan untuk pengguna Radmin. Untuk persediaan pengesahan ketulenan pengguna dan kekunci sesi pertukaran Diffie-Hellman terubahsuai dengan saiz kekunci 2048 bit digunakan.
Untuk enkripsi strim data, Radmin menggunakan AES dengan saiz kekunci 256 bit. Radmin menjana kekunci 256 bit yang unik bagi setiap sambungan yang mencapai perlindungan yang tiada bandingan.
Algoritma yang digunakan menggunakan kaedah penyulitan paling moden dan saiz kekuncinya jauh melebihi standard industri.
Semua data, termasuk imej skrin, pergerakan kursor dan isyarat papan kekunci sentiasa disulitkan atau dienkripsi. Penyulitan itu mustahil untuk dimatikan bagi Radmin 2.x dan 3.x.
Radmin merekodkan semua tindakan dan peristiwanya ke dalam fail log.
Radmin mempunyai jadual penapis IP yang membolehkan anda menyekat capaian jauh dari alamat IP dan rangkaian tertentu.
Radmin mempunyai mekanisme pertahanan ujian kod terbina dalam yang menghalang kod program daripada dipinda.
Radmin menjana kekunci persendirian unik bagi setiap sambungan menggunakan urutan bit rawak besar yang mencapai perlindungan yang tiada bandingan. Kata laluan capaian dibiarkan dalam bentuk terenkripsi dan tidak sekali-kali dihantar dari satu komputer ke komputer lain dalam apa jua bentuk, menghalang pihak ketiga daripada memintas atau menjana kekunci tersebut.
Radmin menghalang tatarajah Server yang tidak betul. Radmin Server tidak membenarkan kata laluan kosong.
Radmin Server melindungi setingnya, yang disimpan di dalam daftar sistem secara aktif. Hanya pengguna dengan hak pentadbir boleh mencapai cabang daftar ini.
Perlindungan bijak daripada penekaan kata laluan. Perlindungan ini termasuk ciri-ciri seperti kelengahan keselamatan antitekaan kata laluan, pengharaman alamat IP dengan bilangan cubaan penekaan kata laluan berlebihan, dll.
Radmin Server bermula sebagai perkhidmatan dan tidak bermula sebagai aplikasi pada Windows 7/Vista/XP/2003/2000 (32-bit dan 64-bit), yang meningkatkan lagi keselamatan.