Radmin membuatkan kerja menyalin fail dari satu komputer ke komputer lain sangat mudah. Dengan mod pindah fail Radmin, anda boleh menyalin fail ke atau dari PC yang beribu-ribu batu jauhnya yang tidak berada dalam rangkaian yang sama. Sebelum adanya Radmin, anda terpaksa menggunakan pelayan perantaraan FTP atau pelayan fail LAN, bermain-main dengan lampiran e-mel bahkan memindahkan fail-fail anda secara manual menggunakan CD-RW atau cakera liut. Radmin membolehkan anda menyalin fail-fail anda dengan selamat dan secara langsung, melalui antara muka seperti Explorer.
Satu lagi ciri Radmin yang sangat berguna adalah, anda boleh mencapai PC dari jauh dalam mod Telnet. Ini membolehkan anda bekerja pada komputer jauh melalui garis perintah jadi hanya perintah teks dipindahkan (strim input) kepadanya dan diterima (strim output) daripadanya. Ini membolehkan anda untuk tidak mengganggu pengguna yang sedang mengendalikan komputer jauh, tetapi bekerja secara serentak dan berasingan ia hampir seperti perkhidmatan terminal (hanya terhad kepada mod garis perintah). Bonus besar dengan kaedah ini adalah penjimatan trafik, yang beribu-ribu kali kurang daripada mod grafik.
Radmin Viewer 3: Tetingkap Utama |
Radmin Viewer 3: Tetingkap Pemindahan Fail |
Radmin Viewer 3: Mod Telnet |
Radmin Viewer 3: Sambungan Baru |
Radmin Viewer 3: Menu Desktop Jauh |
Radmin Viewer 3: Opsyen Am Desktop Jauh |
Radmin Viewer 3: Opsyen Kawalan Penuh Desktop Jauh |
Radmin Viewer 3: Opsyen Desktop Jauh |