/ / /
|
|
 |
Perisian Kawalan Jauh Radmin 3 Radmin Server
Modul Radmin Server hendaklah dipasang pada komputer jauh yang akan bersambung dengan anda. Ia sentiasa berjalan sebagai perkhidmatan, jadi ia akan memuat secara automatik apabila anda memulakan Windows.
Radmin terkenal kerana keselamatan tertingginya. Apabila anda cuba untuk bersambung kepada komputer jauh, Radmin Server akan menggesa anda untuk mengesahkan ketulenan dengan selamat menggunakan log masuk dan kata laluan. Program akan memeriksa kebenaran pengguna juga seting penapis IP. Enkripsi AES 256 bit maju sentiasa didayakan untuk semua strim data yang dipindahkan melalui rangkaian semasa sesi kawalan komputer jauh.
Modul Radmin Server memberikan kefungsian pemantul skrin komputer jauh. Radmin 3 menggabungkan teknologi DirectScreenTransfer baru, yang berasaskan pemacu Radmin Mirror. Ia membolehkan Radmin Server membaca skrin jauh, memintas pengawal video sambil menggunakan sumber pemproses yang minimum. Radmin menggunakan algoritma pintar yang membolehkan ia membaca bahagian skrin yang berubah sahaja. Teknologi ini memberikan keupayaan untuk, bukan hanya memaksimumkan kelajuan kerja, tetapi juga meminimumkan trafik rangkaian dan penggunaan pemproses. Ini sangat kritikal terutama sekali apabila bekerja dengan modem yang lambat atau sambungan GPRS.
Bahagian Radmin yang ini juga bekerja sebagai pelayan untuk memberikan kefungsian Perbualan Teks dan Perbualan Suara. Untuk keselamatan, ia menggunakan algoritma pengesahan ketulenan dan enkripsi yag sama seperti dalam mod Kawalan Penuh.
Radmin Server menyokong banyak ciri lain seperti memindahkan bentuk kursor jauh, sokongan monitor berbilang dan lain-lain.
Radmin Server 3 - Ciri Baru untuk Kawalan Komputer Jauh:
- Sokongan penuh Windows 8 32-bit dan 64-bit.
- Teknologi DirectScreenTransfer baru menggunakan pemacu cangkuk video baru.
- Kelajuan yang tiada tandingan dan penggunaan CPU yang rendah.
- Keserasian dengan sesi berbilang pengguna Windows 8 dan Windows 7.
- Menyokong penghantaran bentuk dan kedudukan kursor.
- Sokongan monitor berbilang.
- Perbualan Teks dan Suara ramai pengguna terbina dalam.
- Sokongan untuk memaparkan mesej pendek dari Radmin Viewer.
- Enkripsi AES 256 bit maju untuk semua penghantaran dan penerimaan data.
- Keselamatan Radmin menggunakan kaedah pengesahan ketulenan baru yang berasaskan pertukaran Diffie-Hellman dengan saiz kekunci 2048 bit.
- Keselamatan Windows dengan sokongan untuk Direktori Aktif dan Kerberos.
- Kelengahan keselamatan 5 kata laluan salah berturut-turut untuk kawalan komputer jauh yang lebih selamat.
- Maklumat nama DNS dan nama pengguna ditambah ke dalam fail log.
- Protokol rangkaian teroptimum baru.
Radmin Server 3 - Gambar Skrin:
Seting untuk Radmin Server
|
|
Kebenaran untuk Radmin Server: Keselamatan NT
|
Kebenaran untuk Radmin Server: Keselamatan Radmin |
Opsyen Radmin Server: Pelbagai
|
Opsyen Radmin Server: Penapis IP |
Mod Keselamatan Radmin Server
|
|