Produk
Gambaran Keseluruhan Produk
Kawalan Jauh Radmin
Senarai Ciri-ciri Penting
Bagaimana Ia Berfungsi
Radmin Viewer
Radmin Server
Pemasangan Radmin
Keselamatan
Gambar Skrin
Utiliti Rangkaian Percuma

Bagaimana memasang dan membuat persediaan Radmin

 

Berikut adalah langkah-langkah yang mesti diambil untuk mewujudkan sambungan Radmin:

  1. Muat turun Radmin Server 3.x di sini: Radmin Server dan pasangnya pada komputer jauh. Komputer jauh adalah komputer yang ingin anda capai menggunakan Radmin pada masa-masa yang akan datang.

  2. Muat turun Radmin Viewer 3.x di sini: Radmin Viewer dan pasangnya pada komputer tempatan. Komputer tempatan adalah komputer dari mana anda bersambung kepada komputer jauh.

  3. Pada komputer jauh, klik kanan pada ikon Radmin yang berwarna biru di dulang sistem dan klik "Seting untuk Radmin Server".

    Klik "Kebenaran", pastikan keselamatan Radmin dipilih dan kemudian klik butang "Kebenaran" yang berkenaan.

    Klik "Tambah pengguna", pilih nama pengguna dan kata laluan dan klik OK, OK. Kemudian keluar dari seting Radmin Server.Kemudian sila tandakan semua petak jenis sambungan diingini yang anda mahu pengguna terpilih memilikinya.

    Anda selesai menetapkan seting Radmin Server.

  4. Port yang perlu anda gunakan ialah 4899. Ini adalah port lalai, anda boleh menukarnya jika anda mahu, di Seting Radmin Server -> Opsyen.

  5. Sekiranya PC jauh berada dalam LAN yang sama, tiada persediaan tambahan perlu dilakukan. Sila teruskan dengan langkah 6.

    Sekiranya PC jauh berada dalam LAN berbeza atau di belakang penghala, sila muat turun Hamachi dari sini: Hamachi. Pasang Hamachi pada PC tempatan dan jauh anda. Jalankan Hamachi, klik butang Power On di sebelah kiri bawah tetingkap Hamachi.

    Anda akan mendapat alamat IP maya yang ditujukkan di sebelah atas tetingkap Hamachi. Alamat IP ini akan digunakan untuk bersambung dengan Radmin. Kemudian sila klik butang Creat atau Join Networks di sebelah kanan bawah Tetingkap Hamachi pilih Create a new network.

    Setkan nama dan kata laluan yang diingini untuk rangkaian maya anda. Kemudian pada PC jauh, sila klik butang "Create or Join Networks" dan pilih "Join an existing Network", taipkan nama dan kata laluan rangkaian anda untuk menyertai Rangkaian. Setelah selesai, anda akan lihat bahawa anda mendapat dua atau lebih alamat IP yang akan ditunjukkan semasa anda menudingkan kursor tetikus anda pada ikon dulang Radmin Server. Kini anda selesai membuat persediaan Rangkaian maya.

    Selain itu, jika anda bersedia untuk mempunyai capaian jauh kepada stesen kerja di belakang LAN dengan mengesetkan TIADA perisian pihak ketiga pada setiap PC atau jika anda mahu mencapai jauh dari LAN anda kepada stesen kerja yang terletak di LAN yang lain anda boleh menggunakan opsyen penghantaran semula port (port-forwarding).

    Sila baca apa itu penghantaran semula port di sini: Penghantaran semula port.
    Selepas itu, lawat halaman ini Panduan penghantaran semula port untuk Radmin, anda akan lihat model penghala dan ikut arahan di halaman itu.

  6. Sekali lagi, pada komputer jauh, pastikan bahawa firewall terbina dalam Windows tidak menyekat sambungan Radmin. Buka Start -> Control panel -> Windows firewall, pergi ke tab Exceptions dan tambah port Radmin 4899 sebagai pengecualian. Jika anda mempunyai firewall proprietari (sebagai contoh, ZoneAlarm atau sebarang perisian firewall lain) rujuk kepada dokumentasinya untuk mengetahui bagaimana untuk mencipta pengecualian bagi port.

  7. Pada komputer tempatan buka Radmin Viewer, pada menu utama klik "Sambungan -> Sambungan baru".

    Masukkan alamat IP komputer jauh ke dalam ruang "Alamat IP atau nama DNS". (Anda perlu memasukkan alamat IP Hamachi sekiranya anda membuat sambungan melalui Internet, sila lihat langkah 5.) Masukkan nama penerang bagi sambungan itu dan klik OK.

  8. Sekarang, bagi bersambung kepada komputer jauh dalam mod Kawalan Penuh, klik kanan pada sambungan yang baru diwujudkan, dan klik Kawalan Penuh di dalam menu konteks.

Famatech Corporation Copyright © 1999-2014 Famatech. Hak cipta terpelihara.