 |
Kelajuan Kerja Tertinggi |
| |
Radmin merupakan perisian kawalan jauh terpantas yang boleh didapati di mana jua. Teknologi DirectScreenTransfer barunya menggunakan pemacu mod inti cangkuk video untuk meningkatkan kadar tangkapan kepada beratus-ratus kemas kini skrin per saat. Pengoptimuman lebar jalur rendah istimewanya membolehkan anda bekerja dengan selesa walau pun menggunakan modem dailan dan sambungan GPRS.
|
 |
Kawalan jauh perkakasan dengan sokongan Intel® AMT |
| |
Versi Radmin 3.4 yang baru menyokong Intel® AMT (Teknologi Pengurusan Aktif) dan membolehkan pengendalian komputer jauh walau pun jika ia dimatikan atau anda tidak boleh memulakan sistem operasinya. Dengan Radmin Viewer anda boleh menghidupkan, memulakan semula dan mematikan komputer jauh. Ia juga membolehkan pengguna melihat dan mengubah seting BIOS komputer jauh dan mengebutnya dari CD tempatan atau fail imej cakera.
|
 |
Keserasian penuh dengan Windows 7 |
| |
Radmin 3.4 menyokong penuh Windows Vista 32-bit dan 64-bit, termasuk Kawalan Akaun Pengguna dan Pertukaran Pengguna Pantas. Radmin Server 3.4 menyokong penuh sistem kendalian Windows 7/Vista/XP/2008/2003/2000 (32-bit) dan windows 7/Vista/XP/2008/2003 (64-bit) Radmin Viewer 3.3 menyokong penuh sistem kendalian Windows 7/Vista/XP/2008/2003/2000/ME/98/95/NT4.0 (32-bit) dan windows 7/Vista/XP/2008/2003 (64-bit).
|
 |
|
| |
Radmin bekerja dalam mod terenkripsi di mana semua data, imej skrin, pergerakan tetikus dan isyarat papan kekunci dienkripsikan menggunakan enkripsi kukuh 256-Bit AES dengan kekunci yang dijana secara rawak bagi setiap sambungan. Bagi pengesahan ketulenan pengguna, Radmin boleh menggunakan sama ada keselamatan Windows dengan Direktori Aktif dan sokongan Kerberos, atau keselamatannya sendiri dengan kebenaran pengguna tersendiri dan pengesahan ketulenan log masuk/ kata laluan yang selamat. Keselamatan Radmin menggunakan pertukaran kekunci berasaskan Diffie-Hellman dengan saiz kekunci 2048-bit. Penapis IP tambahan menyekat capaian kepada hos dan rangkaian tertentu.
|
 |
Perbualan Teks dan Suara |
| |
Mod Perbualan Teks, Perbualan Suara dan Hantar Mesej, yang merupakan ciri baru bagi Radmin versi 3, dibangunkan untuk membantu anda berkomunikasi dengan individu yang mengendalikan komputer jauh yang sedang bersambung dengan anda.
|
 |
Mudah digunakan |
| |
Radmin sangat mudah dipelajari dan digunakan. Kebanyakan pengguna kami bersetuju bahawa kelebihan utama Radmin adalah kerana ia mudah digunakan. Daripada laporan-laporan yang diperolehi, antara mukanya intuitif dan programnya sangat mudah digunakan. Tidak seperti bloatware, Radmin tidak mempunyai ciri nilai tambahan tidak berguna yang menyukarkan pengguna untuk menggunakannya, sukar dipelajari atau menghambat prestasinya.
|
 |
Pemindahan fail "Heret dan Jatuhkan" dengan ciri "Salin Delta" |
| |
Dengan Radmin anda boleh mengheret dan menjatuhkan sebarang fail dengan mudah melalui antara muka seperti Explorer ke atau dari komputer jauh dalam mod terenkripsi. Radmin mempunyai ciri yang digunakan apabila menyalin fail yang membolehkan anda mengemas kini hanya bahagian fail yang berbeza pada kedua-dua komputer. Ciri ini dipanggil "Salin Delta" memandangkan hanya perbezaan ('delta') fail yang disalin. Ia membolehkan operasi penyalinan disambung selepas rangkaian gagal dari bahagian di mana kegagalan rangkaian berlaku dan bukan dari permulaan. Ciri ini digunakan secara automatik apabila sebarang fail sedang disalin ke atau dari komputer jauh.
|
 |
Sokongan Sambungan Berbilang |
| |
Radmin menyokong sambungan berbilang serentak ke skrin jauh yang sama. Ini bermakna anda boleh menjemput kawan atau rakan sekerja anda untuk melihat skrin anda dari jauh (sangat sesuai untuk persidangan) atau anda boleh melihat atau mengawal beberapa skrin jauh dari skrin komputer anda sendiri (sangat berguna untuk kaunter bantuan atau pengajaran dari jauh).
|
 |
Sokongan Teknikal Percuma melalui E-mel |
| |
Famatech memberikan sokongan teknikal PERCUMA melalui e-mel kepada para pelanggan berdaftar kami.
|