And melihat skrin komputer jauh di monitor anda sendiri sama ada di dalam tetingkap atau skrin penuh. Semua pergerakan tetikus dan isyarat papan kekunci anda dipindahkan terus ke komputer jauh. Anda bekerja dengan komputer jauh anda seolah-olah ia betul-betul berada di depan anda. Anda boleh mencapai komputer yang sama dari banyak tempat dan menggunakan fungsi pemindahan fail maju, perbualan teks dan suara, penutupan jauh, Telnet dan banyak ciri berguna lain.
Untuk bermula anda perlu menjalankan Radmin Server pada komputer jauh. Kemudian jalankan Radmin Viewer pada komputer tempatan anda. Kedua-dua komputer mestilah bersambung ke Internet atau LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan).
Langkah 1: |
Muat Turun dan Pasang Radmin Server pada PC jauh |
| |
Muat Turun Radmin Server 3.4. Laksanakan rserv34.exe dan ikut arahan di skrin.
|
Langkah 2: |
Muat Turun dan Pasang Radmin Viewer pada PC tempatan |
| |
Muat Turun Radmin Viewer 3.4. Laksanakan rview34.exe dan ikut arahan di skrin.
|
Langkah 3: |
Tatarajah Radmin Server pada PC jauh |
| |
Klik kanan pada ikon dulang Radmin Server dan pilih "Seting Untuk Radmin Server". Pilih butang "Kebenaran" untuk mengesetkan kata laluan untuk capaian rangkaian kepada Radmin Server. Anda mesti tahu alamat IP bagi komputer jauh anda. Untuk mengetahuinya gerakkan penuding tetikus ke arah ikon dulang Radmin Server. Ia akan menunjukkan alamat IPnya kepada anda. Sekarang Radmin Server anda bersedia untuk memulakan sambungan capaian jauh.
Seting untuk Radmin Server
|
Kebenaran untuk Radmin Server: Keselamatan Radmin
|
|
Langkah 4: |
Jalankan Radmin Viewer pada komputer tempatan |
| |
Dari menu Start klik pada "Radmin Viewer", cipta sambungan baru dan masukkan alamat IP komputer jauh. Kemudian pilih jenis sambungan anda dan tekan Sambung. Masukkan kata laluan yang anda setkan pada PC jauh dan selamat bekerja dari jauh!
|
|
|
Desktop Jauh menggunakan Windows Vista
|
|
|