Produk
Gambaran Keseluruhan Produk
Kawalan Jauh Radmin
Senarai Ciri-ciri Penting
Bagaimana Ia Berfungsi
Radmin Viewer
Radmin Server
Pemasangan Radmin
Keselamatan
Gambar Skrin
Utiliti Rangkaian Percuma

Senarai Ciri-ciri Penting

 

Radmin merupakan perisian kawalan dan capaian jauh yang laju dan selamat yang membolehkan anda menggunakan komputer anda seolah-olah anda duduk di hadapannya dan mencapainya dari banyak tempat. Radmin merangkumi sokongan penuh untuk Windows 8 (32-bit and 64-bit), pemindahan fail, perbualan teks dan suara ramai pengguna, keselamatan Windows, pengesahan ketulenan Kerberos, enkripsi 32-bit AES untuk semua strim data, capaian telnet, sokongan banyak monitor dan teknologi DirectScreenTransfer yang unik. Radmin menggunakan protokol TCP/IP yang sentiasa wujud - protokol yang paling meluas digunakan pada LAN, WAN dan Internet. Ini bermakna anda boleh mencapai komputer jauh anda dari mana jua di dunia. Radmin dipasang pada beribu-ribu PC korporat di seluruh dunia. Antara klien kami adalah syarikat di mana Radmin merupakan aplikasi standard untuk pengurusan rangkaian.


Kelajuan Kerja Tertinggi

Kelajuan Kerja Tertinggi

  Radmin merupakan perisian kawalan jauh terpantas yang boleh didapati di mana jua. Teknologi DirectScreenTransfer barunya menggunakan pemacu mod inti cangkuk video untuk meningkatkan kadar tangkapan kepada beratus-ratus kemas kini skrin per saat. Pengoptimuman lebar jalur rendah istimewanya membolehkan anda bekerja dengan selesa walau pun menggunakan modem dailan dan sambungan GPRS.
Kawalan jauh perkakasan dengan sokongan Intel® AMT

Kawalan jauh perkakasan dengan sokongan Intel® AMT

  Versi Radmin 3.5 yang baru menyokong Intel® AMT (Teknologi Pengurusan Aktif) dan membolehkan pengendalian komputer jauh walau pun jika ia dimatikan atau anda tidak boleh memulakan sistem operasinya. Dengan Radmin Viewer anda boleh menghidupkan, memulakan semula dan mematikan komputer jauh. Ia juga membolehkan pengguna melihat dan mengubah seting BIOS komputer jauh dan mengebutnya dari CD tempatan atau fail imej cakera.
Keserasian penuh dengan Windows 8

Keserasian penuh dengan Windows 8

  Radmin 3.5 menyokong penuh Windows 8 32-bit dan 64-bit, termasuk Kawalan Akaun Pengguna dan Pertukaran Pengguna Pantas. Radmin Server 3.5 menyokong penuh sistem kendalian Windows 8/7/Vista/XP/2012/2008/2003/2000 (32-bit) dan Windows 8/7/Vista/XP/2012/2008/2003 (64-bit) Radmin Viewer 3.5 menyokong penuh sistem kendalian Windows 8/7/Vista/XP/2012/2008/2003/2000/ME/98/95/NT4.0 (32-bit) dan Windows 8/7/Vista/XP/2012/2008/2003 (64-bit).
Tahap Keselamatan Tertinggi

Tahap Keselamatan Tertinggi

  Radmin bekerja dalam mod terenkripsi di mana semua data, imej skrin, pergerakan tetikus dan isyarat papan kekunci dienkripsikan menggunakan enkripsi kukuh 256-Bit AES dengan kekunci yang dijana secara rawak bagi setiap sambungan. Bagi pengesahan ketulenan pengguna, Radmin boleh menggunakan sama ada keselamatan Windows dengan Direktori Aktif dan sokongan Kerberos, atau keselamatannya sendiri dengan kebenaran pengguna tersendiri dan pengesahan ketulenan log masuk/ kata laluan yang selamat. Keselamatan Radmin menggunakan pertukaran kekunci berasaskan Diffie-Hellman dengan saiz kekunci 2048-bit. Penapis IP tambahan menyekat capaian kepada hos dan rangkaian tertentu.
Perbualan Teks dan Suara

Perbualan Teks dan Suara

  Mod Perbualan Teks, Perbualan Suara dan Hantar Mesej, yang merupakan ciri baru bagi Radmin versi 3, dibangunkan untuk membantu anda berkomunikasi dengan individu yang mengendalikan komputer jauh yang sedang bersambung dengan anda.
Mudah digunakan

Mudah digunakan

  Radmin sangat mudah dipelajari dan digunakan. Kebanyakan pengguna kami bersetuju bahawa kelebihan utama Radmin adalah kerana ia mudah digunakan. Daripada laporan-laporan yang diperolehi, antara mukanya intuitif dan programnya sangat mudah digunakan. Tidak seperti bloatware, Radmin tidak mempunyai ciri nilai tambahan tidak berguna yang menyukarkan pengguna untuk menggunakannya, sukar dipelajari atau menghambat prestasinya.
Pemindahan fail Heret dan Jatuhkan dengan ciri Salin Delta

Pemindahan fail "Heret dan Jatuhkan" dengan ciri "Salin Delta"

  Dengan Radmin anda boleh mengheret dan menjatuhkan sebarang fail dengan mudah melalui antara muka seperti Explorer ke atau dari komputer jauh dalam mod terenkripsi. Radmin mempunyai ciri yang digunakan apabila menyalin fail yang membolehkan anda mengemas kini hanya bahagian fail yang berbeza pada kedua-dua komputer. Ciri ini dipanggil "Salin Delta" memandangkan hanya perbezaan ('delta') fail yang disalin. Ia membolehkan operasi penyalinan disambung selepas rangkaian gagal dari bahagian di mana kegagalan rangkaian berlaku dan bukan dari permulaan. Ciri ini digunakan secara automatik apabila sebarang fail sedang disalin ke atau dari komputer jauh.
Sokongan Sambungan Berbilang

Sokongan Sambungan Berbilang

  Radmin menyokong sambungan berbilang serentak ke skrin jauh yang sama. Ini bermakna anda boleh menjemput kawan atau rakan sekerja anda untuk melihat skrin anda dari jauh (sangat sesuai untuk persidangan) atau anda boleh melihat atau mengawal beberapa skrin jauh dari skrin komputer anda sendiri (sangat berguna untuk kaunter bantuan atau pengajaran dari jauh).
Sokongan Teknikal Percuma melalui E-mel

Sokongan Teknikal Percuma melalui E-mel

  Famatech memberikan sokongan teknikal PERCUMA melalui e-mel kepada para pelanggan berdaftar kami.

Ciri-ciri Lain

 
  • Keserasian dengan sesi berbilang pengguna Windows 8 dan Windows 7.
  • Radmin Viewer adalah serasi dengan Wine (kawalan jauh dari komputer Linux).
  • Sokongan monitor berbilang.
  • Memindahkan skrin jauh dalam 2, 4, 16, 256, 65 ribu atau 16 juta warna.
  • Menyokong mod resolusi tinggi (tiada had resolusi paparan maksimum).
  • Menyokong penuh pemaparan kursor komputer jauh beranimasi dan campuran alfa.
  • Mod Sambungan Tutup Turun.
  • Mod Telnet.
  • Radmin Server berjalan hanya sebagai perkhidmatan.
  • Buku telefon tanpa had untuk sambungan Radmin dengan antara muka seperti Explorer, folder dan sokongan heret dan jatuhkan.
  • Pemindahan papan keratan dua hala dengan sokongan Unicode.
  • Imbas untuk mencari Radmin Server yang sedang berjalan.
  • Keserasian dengan Radmin Server 2.x.
  • Skrin jauh boleh dipaparkan di dalam tetingkap atau skrin penuh dengan penskalaan lancar dan nisbah aspek asal.
  • Sokongan roda tetikus.
  • Pintasan dari rekod buku telefon ke desktop disenaraikan di dalam rekod buku telefon itu.
  • Pengendalian ketukan kekunci khas dan kawalan papan kekunci penuh pilihan.
  • Penapis IP membolehkan capaian hanya dari hos dan rangkaian tertentu.
  • Maklumat nama DNS dan nama pengguna ditambah ke dalam fail log.
  • Kelengahan keselamatan lima kata laluan salah berturut-turut.
  • Antara muka pengguna berbilang bahasa dan bantuan terbina dalam.
Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.