Rakan kongsi
Mengapa menjadi rakan kongsi

Mengapa menjadi rakan kongsi

 

Perkongsian merupakan strategi pemasaran cemerlang Famatech yang utama. Perkongsian memungkinkan setiap orang untuk mendapat keuntungan, termasuk pelanggan.

Famatech diorientasikan ke arah bekerja rapat dengan wakil penjual kami dan mendapat kehadiran di pasaran tempatan. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan Radmin benar-benar serasi dengan keperluan pelanggan antarabangsa. Keutamaan kami adalah untuk berurus niaga dengan syarikat-syarikat yang berupaya menjalankan promosi yang cekap ke pasaran tempatan. Sokongan berbilang bahasa dalam Remote Administrator (Radmin) telah direka ke dalam sistem sejak dari awal lagi, jadi rakan kongsi kami boleh mengedarkan pakej-pekaj kami dalam bahasa tempatan.

Kami bekerja rapat dengan:

  • Pengedar Perisian.
  • Wakil Penjual Nilai Tambahan.
  • Penyepadu Sistem.
  • Kaunter Bantuan dan Penyedia Perkhidmatan.

Rakan kongsi kami terdiri daripada pelbagai lapisan, daripada pengedar perisian besar yang mempunyai beratus-ratus wakil penjual mereka sendiri hinggalah kepada peniaga kecil yang memberikan perkhidmatan rundingan atau kaunter bantuan IT. Tumpuan kami adalah untuk memberikan bantuan teknikal dan pemasaran yang bermutu tinggi kepada rakan kongsi kami. Komitmen Famatech kepada anda, rakan kongsi kami, adalah untuk membantu anda dalam memberikan perisian yang pantas, selamat, mudah digunakan dan boleh dipercayai kepada para pelanggan anda.

Pengalaman bertahun-tahun yang diperoleh melalui pelbagai dugaan membolehkan kami memberikan pengaturan perkongsian yang terbukti berkesan dan menguntungkan. Jika anda Penyedia Perkhidmatan atau Penyelesaian dan berminat dalam meningkatkan hasil per pengguna atau kelajuan dan keselamatan perisian pengurusan rangkaian anda tetapi dalam masa yang sama mengurangkan kos sokongan, menjadi rakan kongsi Famatech merupakan sesuatu yang berbaloi untuk dipertimbangkan.

Jika anda ingin mula bekerja dengan kami atau jika anda sekadar ingin bertanyakan soalan, sila hubungi salah seorang pengurus akaun kami di Borang Maklum Balas. Kami akan memberikan sokongan pemasaran, maklumat potongan harga, maklumat prosedur pesanan, dll. kepada anda.


Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.