Perisian Kawalan Jauh yang Pantas dan Boleh Dipercayai untuk Capaian Jauh yang Selamat kepada PC dari Mana Jua.
Sistem kendalian yang disokong: Windows 8/7/Vista/XP/2012/2008/2003/2000 (32-bit, 64-bit)
Radmin merupakan perisian kawalan jauh selamat yang terkenal di seluruh dunia dan telah memenangi banyak anugerah yang membolehkan anda menggunakan komputer jauh dalam masa nyata seolah-olah anda menggunakan papan kekunci dan tetikus yang bersambung dengan komputer itu sendiri. Atur cara ini merupakan penyelesaian capaian jauh yang ideal. Radmin mengatasi semua perisian kawalan jauh lain dari segi kelajuan, kebolehpercayaan dan keselamatan!
Pengguna di Rumah dan Perniagaan dari Rumah
Radmin membenarkan anda mengendalikan PC rumah atau pejabat dari jauh, dari mana sahaja. Perniagaan Bersaiz Kecil dan Sederhana
Dengan Radmin anda boleh bersambung kepada desktop, e-mel dan fail-fail anda dengan selamat dari mana-mana hotel atau kafe siber. Pelanggan Korporat
Dengan Radmin anda menjimatkan masa dan wang kerana dapat mengakses PC dari jauh di mana-mana lokasi di mana sahaja pentadbiran sistem diperlukan. Institusi Pendidikan
Beri arahan, pantau dan bantu pelajar terus dari komputer mereka tanpa pelajar itu perlu meninggalkan komputer mereka.
Kami bekerja sama secara aktif dengan Pengedar perisian, Wakil Penjual Nilai Tambahan, Penyepadu Sistem, Kaunter Bantuan dan Penyedia Perkhidmatan. Rakan kongsi kami terdiri daripada pelbagai lapisan, daripada pengedar perisian besar yang mempunyai beratus-ratus wakil penjual mereka sendiri hinggalah kepada peniaga kecil yang memberikan rundingan atau perkhidmatan kaunter bantuan IT.