Perihal kami
Perihal Famatech

Dasar privasi

 

Terima kasih kerana melawat laman web Famatech di www.radmin.com.my. Kami sangat komited dalam menghormati dan melindungi privasi anda. Dengan itu kami berbesar hati menyediakan Dasar Privasi ini untuk menerangkan pengumpulan dan penggunaan maklumat oleh kami.

Pemerolehan maklumat

Anda boleh melawat laman kami tanpa memberi pengenalan diri anda atau mendedahkan sebarang maklumat peribadi anda. Laman kami memang ada mengumpul maklumat seperti domain, alamat IP, jenis pelayar web dan sistem kendalian untuk trend dan statistik laman, tetapi maklumat ini tidak mengenal pasti diri anda sebagai individu.

Kami mungkin meminta anda memberikan maklumat pengenalan diri anda sekiranya anda mendaftar sebagai wakil penjual atau rakan kongsi kami. Sesetengah maklumat tentang syarikat anda, saiznya atau butiran lain mungkin akan diminta oleh kami melalui e-mel semasa memberikan sokongan prajualan.

Kami menggunakan syarikat luar, Element 5 dan Regsoft, untuk menghantar pesanan dan memproses kad kredit. Syarikat ini tidak mengekalkan, mengongsikan, menyimpan atau menggunakan maklumat pengenalan diri bagi sebarang tujuan sekunder.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Maklumat peribadi yang anda berikan akan digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan untuk menghubungi anda, untuk memproses pesanan, untuk mendaftarkan produk anda, dll. Famatech mungkin juga menggunakan sebarang maklumat yang anda berikan sebagai keperluan yang munasabah untuk memberikan sokongan pelanggan kepada anda. Famatech mungkin juga menggunakan maklumat hubungan anda untuk memberikan notis mengenai produk atau perkhidmatan yang anda beli, juga untuk memaklumkan tentang produk baru atau kempen promosi kepada anda.

Dengan siapa kami berkongsi maklumat anda

Famatech mungkin berkongsi maklumat dengan syarikat pengebilannya, Element 5 Inc. atau Regsoft Inc. Ini adalah perlu untuk memproses pesanan anda atau untuk tujuan penyelesaian masalah.

Maklumat anda mungkin akan dikongsikan dengan penjual semula dan rakan kongsi Famatech yang sah yang kami rasa akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

Keselamatan Maklumat

Famatech akan melindungi keselamatan maklumat peribadi anda dengan sebaik-baiknya, melindungi data anda daripada hilang, disalah guna, dicapai tanpa kebenaran, didedahkan, dipinda atau dimusnahkan. Data peribadi anda, termasuk alamat e-mel anda, digunakan untuk tujuan dalaman sahaja dan tidak akan sekali-kali dijual atau dikongsi dengan sesiapa di luar Famatech atau wakil penjual berdaftar kami, kecuali jika kami diminta oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat sedemikian.

Forum Umum

Forum umum adalah sebahagian daripada laman ini. Sila ingat bahawa sebarang maklumat yang didedahkan di ruangan ini akan menjadi maklumat umum dan sila amalkan langkah berjaga-jaga apabila memutuskan untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi.

Tip

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai penyataan privasi ini, sila hubungi kami menggunakan Borang Maklum Balas kami.

Famatech Corporation Copyright © 1999-2017 Famatech. Hak cipta terpelihara.