Perihal kami
Perihal Famatech

Perihal Famatech

 

Famatech ditubuhkan pada tahun 1999, terkenal kerana Remote Administrator (Radmin) atau Pentadbir Jauhnya yang memenangi banyak anugerah, merupakan pembangun peneraju perisian kawalan jauh utama yang digunakan pada berjuta-juta desktop di seluruh dunia. Teknologi Kawalan Jauh Famatech membolehkan juruteknik memberikan pengurusan rangkaian optimum, sokongan jauh dan perkhidmatan kaunter bantuan dengan pantas. Syarikat ini mengikuti strategi menyediakan bantuan maksimum yang sangat berjaya kepada kaunter bantuan korporat, penyepadu sistem dan Wakil Penjual Nilai Tambahan yang mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan rangkaian.

Penyataan Misi..

  • Untuk membangunkan perisian perangkaian berasaskan teknologi unik.
  • Untuk menyediakan produk perisian yang berkualiti tinggi, selamat dan boleh dipercaya untuk kegunaan syarikat besar.
  • Untuk menjadikan produk kami praktis dan mampu dimiliki.
  • Untuk menggunakan semua pengalaman, sumber manusia dan teknologi yang ada bagi membangunkan lagi produk yang selamat dan boleh dipercayai untuk pengurusan rangkaian, bekerja dari rumah dan perkhidmatan kaunter bantuan.
  • Untuk menjadi syarikat yang bertanggungjawab terhadap permintaan, pertanyaan dan kebimbangan pelanggan kami.
  • Untuk memberikan bantuan maksimum dalam segala apa yang berkait dengan penggunaan produk Famatech.

Seluruh Dunia

Pejabat-pejabat Famatech terletak di:


  • Amerika Syarikat
  • Rusia

Pengedaran:

Buat masa ini, Famatech menjual produknya secara langsung juga melalui pengedar, wakil penjual dan OEM di:

  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • Amerika Latin
  • Eropah
  • Asia
  • Lingkaran Pasifik
Famatech Corporation Copyright © 1999-2014 Famatech. Hak cipta terpelihara.